Pada hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas sering diganggu oleh soalan-soalan yang gatal. Adakah soalan itu yang gatal ataupun orang yang mengajukan soalan itu yang miang?
Saya mengharapkan soalan-soalan yang diajukan boleh memantapkan pemahaman mereka tentang topik yang sedang kami bincang iaitu membina ayat dengan menggunakan kata dasar buru. Maknanya berubah setelah diberikan imbuhan seperti berburu, memburu perburuan, pemburuan dan buruan. Setelah saya memberikan penjelasan dan mengarahkan pelajar membina ayat yang lengkap untuk menjelaskan makna dan penggunaannya, seorang pelajar mengakat tangan dan diikuti oleh seorang pelajar yang lain.
Pelajar yang awal mengangkat tangan diminta mengemukakan soalan. Saya teruja menanti. Tahukah anda apakah bentuk soalan yang diajukan?
"Cikgu, bolehkah pelajar perempuan berusia 15 tahun berkahwin?"
Belum sempat saya menjawab, soalan lain pula diajukan.
"Cikgu, bolehkah pelajar lelaki berumur 17 tahun berkahwin?"
Saya menggeleng beberapa kali. Saya tidak terus menjawab soalan itu kerana saya sudah tahu aliran pemikiran mereka. Saya memberi peluang kepada pelajar kedua pula mengajukan soalan.
"Saya telah mengagihkan hasil buruan saya kepada jiran tetangga. Betulkah ayat saya tu cikgu?"
Saya memuji pelajar tersebut kerana berani mencuba. Namun saya dituduh oleh pelajar pertama sebagai pilih kasih kerana tidak menjawab soalannya terlebih dahulu. adakah saya pilih kasih?
Lantas saya bertanya padanya. "Apakah yang sedang kamu fikirkan? Orang lain sedang berlumba-lumba membuat latih tubi menjawab soalan kerana peperiksaan percubaan SPM bakal tiba tak lama lagi, kamu pula sibuk memikirkan soal kahwin. Adakah kamu mahu berkahwin dalam usia awal remaja? Tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak mampu kamu laksanakan inikan pula memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar?"
"Nak kahwin mudah je cikgu, dah ada orang sanggup. Nak belajar je susah!" jawabnya.
"Mudah bagi orang yang jahil ilmu, buta agama dan tak kenal sejarah. Susah belajar bagi orang yang malas berusaha. Usia yang kamu sebut tadi amat tidak sesuai untuk berkahwin kerana perempuan itu bakal menduduki PMR dan si lelaki pula bakal menduduki peperiksaan SPM. Peringkat usia itu masih belum matang dan terlalu mentah."
"Jadi, usia berapa sesuai untuk berkahwin?"
"Paling cepat, 25 tahun. Kenapa?" saya mengajukan soalan kepada semua pelajar dalam kelas.
"Kerana dah keluar universiti dan dah bekerja, cikgu!" jawab pelajar yang mengajukan soalan kedua tadi. "Saya nak kahwin setelah berumur 40 tahun," sambungnya lagi.
"Berkahwin setelah berumur 40 tahun terlalu lewat. Mungkin ada alasan kenapa kamu memilih demikian."
"Setelah saya dapat PhD cikgu. Saya nak bergelar doktor!"
"Bagus. kamu sedar di mana kamu berada dan tahu akan tugas dan tanggungjawab kamu. Kamu menggunakan akal bukannya nafsu."
"Cikgu pilih kasih!" protes pelajar pertama tadi.
Disebabkan itu, saya terpaksa berceramah panjang. Saya menjadi seorang ustazah yang banyak bercakap tentang hal ehwal agama, kerana saya tahu pelajar yang berada di hadapan saya sekarang sangat jahil tentang ilmu agama. Saya juga bertindak sebagai pakar motivasi, kerana kerana jiwa mereka amat gersang kasih sayang dan belaian kasih ibu bapa dan ahli keluarga. Saya juga terpaksa menarik perhatian mereka menyusur galur sejarah bangsa dan budaya kita, kerana saya dapati mereka buta sejarah kerana malas membaca. Saya tidak mahu mereka menerima nasib seperti, 'Ayam di kepuk mati kelaparan. itik di air mati kehausan!'
Bolehkah kita membaca apakah perkara yang sedang kuat bermain dan berlegar-legar dalam pemikiran majoriti remaja zaman sekarang?
Qursiah Hanum
Sunday, June 26, 2011
Saturday, June 25, 2011
Kita Mesti Bersatu Demi.....
Menghadiri majlis ilmu dapat menjana pemikiran. Menyertai diskusi, dapat mengukur keupayaan. Menilai kebolehan dan pencapaiaan seseorang yang cemerlang dalam bidang yang diceburi, boleh dijadikan bench marking untuk mengambil lajak. Sesungguhnya, ilmu itu berada di mana-mana jua hatta ketika bersembang, ketika menikmati juadah ataupun selepas solat wajib di surau. Apa yang penting, jangan menyepikan diri bagai kera sumbang.
Bersembang bersama pesara guru yang masih aktif bekerja menyebarkan ilmu dan berdakwah telah membangkitkan semangat kerja saya. Hakikat yang saya temui, bagi orang yang rajin bekerja dan sentiasa bekerja, tiada kenal erti pencen baginya. Malahan setelah berpencen, semangat kerjanya kian bertambah dan peluang untuk bergerak ke sana ke mari lebih mudah tanpa sekatan. Apatah lagi sekirangnya suami-isteri bergiat dalam bidang yang sama.
"Kami bertemu atas gelanggang yang sama. Kami bekerja bersama-sama sejak bujang dan dara," ujar Tuan Haji Hashim, CEO HR Marketing.
"Saya dapati bidang yang kami ceburi kini, memberi kami banyak ruang dan peluang untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu demi kemajuan ummah. Saya ada banyak ilmu sebagai bekas guru, tapi saya tiada tauliah untuk mengajar agama. Jadi pentas yang ada kini, memberi saya peluang yang banyak kerana ahli HRM ini melebihi 200 ribu lebih. Mengajak orang mempraktikkan amalan sunnah NABI meminum susu kambing HiGoat merupakan perbuatan yang baik. Pahala berangkai kita peroleh apabila kita menyebarkan maklumat ini," ujar Puan Atikah. Beliau merupakan isteri Tuan Haji Hashim, merangkap pengurus besar HRM.
Saya nampak kebenaran dalam butiran percakapannya itu. Kalau mengajar di sekolah, anak murid kita paling ramai 120 orang pada satu-satu sesi. Tidak semua daripada anak murid kita itu menjadi dan mengamalkan ilmu yang kita terapkan setiap hari. Apabila kita masukkan sedikit ilmu ugama, terus dipanggilnya ustazah. Apabila bercakap sepatah dua bahasa Inggeris, dipanggilnya teacher. Apabila menyampaikan ilmu tentang pentingnya menjaga kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat, digelarnya doktor. Apabila kita berikan beberapa contoh makanan kesihatan, makanan minda dan rohani, terus digelarnya jurujual direct selling. Mereka tidak dapat tangkap mesej utama yang ingin disampaikan.
Hakikatnya, manusia yang kita temui banyak yang bersikap negatif dan berfikiran sempit. Sedangkan kerajaan melaungkan dasar 'Langit Terbuka' dan 'Dunia Tanpa Sempadan'. Dalam era globalisasi kini, ilmu berada di hujung jari. Namun saya dapati, ramai dalam kalangan bangsa kita terutamanya remaja, cenderung untuk melayani Facebook berbanding minat untuk meneroka ilmu yang bersepah dalam laman sesawang mahupun blog.
Apa yang perlu kita lakukan? Buat transformasi sikap dan pemikiran. Ubah sikap ke arah positif. Jadikan minat atau hobi kita itu dapat menjana pendapatan yang boleh menjamin masa hadapan hingga diwarisi oleh anak cucu kelak. Semua perubahan dalam inovasi pendidikan memerlukan kekuatan jiwa dan semangat perjuangan yang jitu. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan kita biarlah berbaloi bukannya pengorbanan yang sia-sia. Ingatlah, pahala sentiasa mengiringi perjalanan kita bermula dari niat dan perbuatan yang baik-baik. Sekiranya kita mempunyai pengikut, maka pahala yang kita peroleh juga berangkai. Berpesan-pesanlah bahawa setiap langkahan kaki kita menuju ke akhirat sepatutnya mengutip seberapa banyak pahala yang dapat menjamin syurga ALLAH yang tiada tara. Wallahualam.

Wednesday, June 22, 2011
Motivasi Diri Amat Perlu untuk Berjaya
Tahukah anda bahawa anda perlu berfikir secara positif dan bertindak secara positif serta konsistan baru boleh berjaya?
" Betulkah, cikgu?" tanya anak murid saya ragu-ragu.
" Betul!" saya masih memberi keyakinan.
"saya dah cuba, tapi tak boleh. " Ujar mereka selamba. Saya yakin mereka masih belum mencuba. Masihkah anda mengatakan tidak boleh? Mereka mengangguk.
Lalu saya cuba mengajak mereka berfikir secara mudah dan logik. Saya kemukakan enam soalan mudah dan memberikan masa selama 10 minit untuk menjawab. Selepas 10 minit, saya bertanya siapakah yang telah selesai menulis jawapannya. Hanya seorang sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan dia hanya sempat menjawab tiga soalan. Rakan-rakannya yang lain masih belum mencuba. saya berikan masa tambahan 10 minit lagi.
Setelah cukup masa tambahan, saya bertanya lagi. Pelajar yang pertama tadi telah menyiapkan semua soalan dengan satu kesalahan. Manakala rakan-rakannya yang lain baru memulakan ayat pertama setelah 20 minit masa berlalu.
Pelajar tadi sepatutnya menjawab 30 soalan dalam masa setengah jam. Apa komen anda?

Sunday, June 19, 2011
Mencapai Keputusan Semua adalah realiti bukannya Angau
Pernahkah anda mendapat keputusan semua A (straigh A) bagi semua mata pelajaran yang diambil? Saya pernah. Mungkin anda juga. Memperoleh 5A dan 2B juga, adalah realiti bukannya angau.
Pernahkah anda terfikir mengapakah keputusan seperti itu boleh dicapai? Adakah kerana anda benar-benar bijak? Anda ulat buku? Anda konsisten dalam menelaah dan mengulangkaji ataupun anda sedang dilanda penyakit angau?
Mustahil pelajar yang sedang angau memperoleh keputusan sebaik itu. Kalau ada kes terpencil sekalipun, saya yakin ada faktor pendorong yang lain. Mungkin anda sedang dicabar? Anda berasa tercabar dan kedudukan anda sedang tergugat?
Walau apa sekalipun alasan anda, saya yakin keputusan yang terbaik menjadi milik pelajar yang bukan dilanda penyakit angau. Rata-rata pelajar angau yang saya temui memperoleh keputusan tercorot atau sekadar cukup makan.
Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Ingin muncul sebagai pelajar cemerlang hingga mendapat anugerah kelas pertama (1st class honours) dan tersenarai sebagai penerima anugerah dekan/anugerah Tuanku Cancelor, anugerah emas, intan dan berlian ataupun bakal menadah tangan menerima anugerah ibu bapa saban bulan?
Fikir-fikirkanlah. Anda harus berpijak di alam realiti bukannya tenggelam di alam fantasi....

Saturday, June 18, 2011
Lili perlukan bantuan
Aduhai! Kasihan sungguh Lili! Sejak dari pagi bersuara nyaring mengaduh kesakitan untuk beranak tapi masih belum berjaya. Kembar tiga barangkali. Saya cuba menolongnya setakat termampu. Sokongan moral. Namun masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berjaya.
Lili dan Coka merupakan saki baki kambing yang masih mampu bertahan. Imunisasi mereka kuat barangkali. Tujuh ekor yang lain semuanya mati secara misteri. Reda. Mungkin itu hanyalah sedikit ujian ALLAH taala terhadap hamba-NYA.
Lewat petang, saya mengharapkan keajaiban berlaku. Lili pasti selamat melahirkan ahli baru. Bukan seekor, mungkin tiga ekor berdasarkan saiz perutnya yang besar. Insya-ALLAH, semoga kami memperoleh rezeki yang berganda.
Saya teruja menanti beriringan doa dan zikir agar semuanya sihat dan selamat.

Realiti Bukannya Angau
Tahukah anda bahawa manusia itu berbeza? Size badan berbeza, sikap dan pemikiran juga berbeza. Malahan cita rasa setiap orang juga berbeza. Banyak faktor lagi yang mempengaruhi sikap seseorang. Paling penting pengalaman hidup masa lampau amat mempengaruhi sikap seseorang. Persekitaran, pergaulan, dan pembacaan juga menjadi faktor penyebab. Saya tidak menafikan bahawa pengaruh keluarga terutama pendidikan secara tidak formal di rumah menjadi faktor utama.
Bayangkanlah. Selama sembilan bulan sepuluh hari kita berada di alam rahim, hidup kita bergantung sepenuhnya kepada pemakanan dan amalan seharian ibu (3x) dan bapa. Dengan izin ALLAH, kita dilahirkan sebagai anak-anak yang soleh dan solehah. Namun harus ingat, 'iman tak dapat diwarisi' daripada ibu bapa yang bertakwa tanpa didikan dan ajaran yang betul. Faktor kendiri (keupayaan diri sendiri) menjadi pemangkin kejayaan.
Namun begitu, jangan pula kita mudah membuat andaian tanpa penyelidikan. Adakalanya, kita tidak tahu faktor sebenar yang memesongkan kita daripada landasan yang sepatutnya. Adakalanya, acuan sudah sesuai dan serasi, tapi adunannya tidak menjadi, maka akan bantatlah kuih itu. Meskipun ada pepatah mengatakan, ' bagaimana acuan, begitulah kuihnya', namun kita jangan mudah lupa bahawa ramai dalam kalangan kita bersikap bagai 'ketam menyuruh anaknya berjalan betul!'
Kejadian ini merupakan realiti bukannya angau. Apabila saya menegur kesilapan seseorang, kesilapan saya pula yang dicari selidik. Sepatutnya, kita segera bermuhasabah diri dan menyelidiki kesilapan diri sendiri kerana kita jarang-jarang nampak kesilapan kita. Ibarat kata pepatah, 'Kuman seberang laut nampak, tapi gajah di hadapan mata kita tak nampak'. Jadi beterima kasihlah kepada orang yang sudi menegur kesilapan kita.
Jangan dilayan sangat penyakit angau. Namanya penyakit. Jika dilayan, satu kerja pun tidak menjadi. Oleh sebab itu, marilah kita menjadi hamba ALLAH yang amat prihatin, kaya budi dan penyayang disulami rasa simpati dan empati yang mendalam. Jangan jadi kera sumbang ataupun seperti 'enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.' Kita adalah sama dari segi amalan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Laksanakanlah tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya. wallahuallam.

jatuh cinta kali kedua
Pernahkah anda jatuh cinta buat kali kedua? Saya pernah mengalaminya. Mungkin ada pun demikian juga.
Cinta pertama saya adalah cinta monyet. Anda faham maksudnya?
Cuba anda bagi sejambak bunga kepada seekor monyet. Apakah yang akan dilakukannya? Hmm...Maka bunga itulah mangsanya. Saya tidak mahu menerima nasib semalang bunga itu. Oleh sebab itu, cepat-cepat saya mengangkat kaki meninggalkan monyet itu. Apabila mengalami situasi yang serupa, anda sepatutnya mengambil tindakan yang sama. Angkat kaki. Anda terus melangkah meninggalkannya. Jangan toleh ke belakang lagi. Kalau tidak, anda mungkin terperangkap dalam jerat cintanya.
Cinta monyet selalunya berlaku pada awal usia remaja. Pada peringkat usia ini, nafsu menguasai akal. Kenapa terjadi sedemikian? Sebabnya, akal belum cukup matang. Banyak perkara yang remaja lakukan, dipengaruhi oleh rakan sebaya. Mereka memikirkan keseronokan semata-mata tanpa mengambil kira akibat dan kesan pada masa hadapan.
Apabila usia ita menjangkau lewat remaja, pemikiran kita lebih matang seiring dengan peningkatan usia. Pada masa ini, kita mampu bertindak menggunakan akal. Apabila akal mengawal emosi, hasilnya lebih bermakna dan berharga.
Cinta kedua lahir setelah kita benar-benar bersedia untuk menerokai alam tersebut. Lakukanlah setelah ilmu penuh di kepala dan iman mantap di dada. Hanya ilmu dan amalan yang baik-baik sahaja dapat memandu cinta kita ke arah kesejahteraan hidup berumahtangga. Sudahkah anda bersedia?

Subscribe to:
Posts (Atom)