27 tahun lalu....
debaran di dada semakin kencang
menunggu detik kelahiran
seorang bayi pewaris generasi
lambang cinta suci abah dan mama.
Ketika itu,
27 tahun menjelang usia mama
Abe lahir dengan selamat di penghujung kudrat
penyambung zuriat mewarisi bakat
ketika mama dan abah masih segar dan sihat.
Ketika 27 tahun usiamu kini,
kami masih mampu melihat, dan merawat
Khusyairi dan Kalilullah membesar di hadapan mata
keluarga k's kian berkembang dan bertambah
Kesihatan mama dan abah kini menguncup sudah.
Namun semangat kami masih kuat dan utuh
melihat kalian membesar dan dewasa
membina empayar keluarga kita
berkembang dan seimbang
antara kejayaan duniawi dan ukhrawi.
Abe!
di tanganmu ada kuasa sebagai pelapis ketua keluarga
gunakan kuasamu secara bijaksana
sebagai penaung adik-adik dan anak saudara
sebagai nadi penggerak keharmonian rumahtangga
sebagai tunjang perusahaan keluarga
bermufakatlah secara berhemah,
kerana silaturahim yang dijaga menjadi
tulang belakang kejayaan kita.
Ada sesuatu yang paling istimewa dalam genggamanmu
yang mungkin sukar dimengertikan
hayatilah kalamullah sekudusnya
amalan soleh menjadi pegangan kita semua
kerana tiada apa yang kami harapkan sesudahnya
selain doa daripada anak-anak yang soleh
ilmu yang dimanfaatkan semua
dan amal jariah ketika hayat dikandung badan.
Doa kudus mama.
agar bintang itu terus mengerdip
di sepanjang perjalanan hidupmu di dunia
jua di alam lain sesudahnya.
Amin!
Saturday, January 29, 2011
Tuesday, January 25, 2011
KSAH dan Kawan Lama
Telah tersurat di Louh Mahfuz bahawa saya akan bertemu dengan kawan lama yang telah 18 tahun tidak berjumpa di KSAH Sg. Petani, Kedah.
Al-kisah, saya dan suami serta Eri menghantar Nini melaporkan diri sebagai guru pelatih KPLI. Rupa-rupanya ramai dalam kalangan pelajar datang dari Pantai Timur, khususnya Kelantan. Dapatlah kami berkenalan dengan mereka. Tertinjau-tinjau juga mencari kalau-kalau ada kawan lama. tapi tak jumpa.
Pada pukul 12 th ada program temu murni antara ibu bapa/penjaga dengan Pengarah KSAH, Dr. Ranjit Singh Gill. Saya terpanjang seseorang yang berada di sebelah pengarah, seakan-akan kenal. Saya beritahu suami, "Itu kawan lama saya di SSAJ". Sahlah dia Ustaz Sobri Hanafi apabila pengarah memperkenalkan beliau sebagai HEP.
Saya dan suami menunggunya di pintu keluar. Saya menegurnya. Dia terkejut. Alhamdulillah! Dia masih ingat saya lantas mempelawa kami ke pejabatnya. Pertemuan tidak berakhir di situ sahaja. Kami di bawa ke rumahnya di Kg. Kangkong, Alor Star untuk bertemu ahli keluarganya. Berkembanglah nostalgia silam. Melalui pertemuan singkat itu, saya dapat nombor hp kawan-kawan yang lain.
Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang, saya dapat panggilan daripada cikgu Ghazali.....

Thursday, January 20, 2011
KPLI - Juga Satu Anugerah
Daripada 80,000 permohonan, 8,000 menduduki peperiksaan, 6,000 layak temuduga dan hanya 2,000 sahaja khabarnya dipilih untuk menjalani kursus KPLI di IPG selulruh tanah air. Tahniah kepada yang berjaya termasuk anakandaku Nini. Ini juga merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Anda merupakan permata dalam puluh ribuan pemohon. Bersyukurlah.
Sebaik sahaja anda menerima tawaran ini, bermakna anda telah bersedia untuk menjadi guru. Jadilah guru yang dedikasi dan komited dalam melestarikan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Diri anda, cerminan pelajar. Apa yang anda lakukan, akan menjadi ikutan pelajar. Namun, bersedialah untuk menerima hakikat bahawa, mengajar dan mendidik manusia bukanlah satu kerja mudah. Pelajar-pelajar lebih mudah tepengaruh kepada gejala kurang sihat berbanding ilmu pegetahun yang di ajar setiap waktu. Hanya jauhari yang mengenal maknikam. Didiklah pelajar anda menjadi jauhari.

Friday, January 14, 2011
Pencapaian terbaru- Anugerah Guru Unggul Exxonmobil 2010
Alhamdulillah, tanpa ku duga, anugerah itu menjadi milikku jua. Terima kasih kepada Puan Pengetua, PPD dan juga JPNT kerana menghargai sumbanganku selama 32 tahun berkhidmat sebagai pendidik. Tugas seorang pendidik amat rencam dan mencabar. Tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas untuk memperturunkan segala ilmu dan kepakarannya kepada para pelajar. Malahan guru juga bertanggungjawab mendidik sahsiah dan keperibadian pelajar agar muncul sebagai modal insan yang unggul bertaraf dunia.
Terima kasih juga kepada putera dan puteriku yang terus memberikan dorongan dan sokongan agar memajukan borang pencalonan anugerah tersebut. Sebaik sahaja borang itu dimajukan kepada saya buat kali kedua, saya tidak berhajat untuk memanjangkannya. Namun desakan anak-anak, mendorong saya menghantarnya juga di saat-saat akhir.
Daripada cempedak, baiklah nangka,
Daripada tidak, baiklah ada.
Anugerah itu bukan yang pertama diterima dalam tahun 2010 bahkan yang mengakhiri kejayaan dalam tahun semasa. Pada 18 Disember, 2010 saya telah menerima anugerah Diamond Director dalam majlis yang gilang gemilang. Sebanyak 25 ekor lembu tumbang untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat yang datang berkunjung.
Anugerah Guru Unggul Exxonmobil merupakan petunjuk yang jelas bahawa mengaplikasikan budaya korporat dalam mendidik anak bangsa membuahkan hasil yang amat manis dirasa. Motto 'One Step Ahead' yang saya bawa pulang dari Johor pada tahun 2000 saya amalkan dan terapkan hingga kini. Untuk meraih kejayaan kita harus berada selangkah di hadapan orang lain.
Tidak tumbuh, tidaklah melata,
Kalau tidak sungguh, tak berani nak kata.
Kepada sesiapa yang bercita-cita untuk meraih kejayaan, asahlah minda anda sekarang. Bukalah langkah seluas-luasnya dan jangan malu untuk belajar. Meniru cara dan gaya orang yang telah berjaya juga merupakan salah satu cara untuk belajar. Jangan suka cantas mencantas kerana perbuatan sebegitu dimurkai ALLAH S.W.T. Jangan pula dibenar diri kita menjadi batu loncatan yang boleh dipijak-pijak dan disepak terajang.
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Rosak hati, seluruh kerajaan pun roboh.
Wallahuallam.

Subscribe to:
Posts (Atom)