Friday, February 4, 2011

Novel Bukan Cinta Pertama dan Sentuhan Kalbu

Kedua-dua manuskrip tersebut telah selesai digarap. Pada masa ini belum ada keputusan yang sah untuk diterbitkan. Saya masih tercari-cari dan ternanti-nanti jawapan untuk memilih penerbitnya. Pastinya keinginan penulis untuk melihat potensi cerah bagi hasil karya yang digarap agar mendatangkan kepuasan maksima.
        Setiap penulis ingin melihat ideanya dibukukan. Cetusan idea yang dirakam atas kertas atau helaian buku menjadi bukti sahih. Realiti bukannya iamginasi.  Kepuasan menulis tidak terhenti setakat melihat buku hasil karyanya berada di rak-rak buku. Kepuasan terhasil apabila karyanya dibaca dan diperkatakan oleh khalayak. Semakin ramai orang memperkatakan tentang buku tersebut, semakin tumbuh minat para pecinta buku atau novel untuk mencari dan memilikinya.
        Saya punya banyak idea dan saya suka menulis. Saya mempunyai kemahiran untuk menulis dan menghasilkan karya kreatif. Namun, saya perlukan sokongan penerbit dan meminat setia demi melestarikan minat dan usaha saya dalam bidang penulisan.
        Apa pandangan anda?

2 comments:

  1. TAHNIAH! QURSIAH SGT RAJIN MENULIS. TERUSKAN KERAJINAN ITU. TAK SEMUA MAMPU MELAKUKANNYA

    ReplyDelete