Pernahkah anda jatuh cinta buat kali kedua? Saya pernah mengalaminya. Mungkin ada pun demikian juga.
Cinta pertama saya adalah cinta monyet. Anda faham maksudnya?
Cuba anda bagi sejambak bunga kepada seekor monyet. Apakah yang akan dilakukannya? Hmm...Maka bunga itulah mangsanya. Saya tidak mahu menerima nasib semalang bunga itu. Oleh sebab itu, cepat-cepat saya mengangkat kaki meninggalkan monyet itu. Apabila mengalami situasi yang serupa, anda sepatutnya mengambil tindakan yang sama. Angkat kaki. Anda terus melangkah meninggalkannya. Jangan toleh ke belakang lagi. Kalau tidak, anda mungkin terperangkap dalam jerat cintanya.
Cinta monyet selalunya berlaku pada awal usia remaja. Pada peringkat usia ini, nafsu menguasai akal. Kenapa terjadi sedemikian? Sebabnya, akal belum cukup matang. Banyak perkara yang remaja lakukan, dipengaruhi oleh rakan sebaya. Mereka memikirkan keseronokan semata-mata tanpa mengambil kira akibat dan kesan pada masa hadapan.
Apabila usia ita menjangkau lewat remaja, pemikiran kita lebih matang seiring dengan peningkatan usia. Pada masa ini, kita mampu bertindak menggunakan akal. Apabila akal mengawal emosi, hasilnya lebih bermakna dan berharga.
Cinta kedua lahir setelah kita benar-benar bersedia untuk menerokai alam tersebut. Lakukanlah setelah ilmu penuh di kepala dan iman mantap di dada. Hanya ilmu dan amalan yang baik-baik sahaja dapat memandu cinta kita ke arah kesejahteraan hidup berumahtangga. Sudahkah anda bersedia?
Hari ini P & P saya seringkali diganggu oleh pelajar yang mengemukakan soalan di luar topik. Namun saya masih melayaninya kerana saya dapati pelajar ini buta ilmu,terutama sekali ilmu agama; buta maklumat, yang berhubung tentang isu-isu semasa dan buta sejarah kerana tidak rajin membaca. Namun begitu, saya utamakan soalan pelajar yang berhubung kait dengan topik yang sedang kami bincangkan. Adakah saya pilih kasih?
ReplyDelete