Menghadiri majlis ilmu dapat menjana pemikiran. Menyertai diskusi, dapat mengukur keupayaan. Menilai kebolehan dan pencapaiaan seseorang yang cemerlang dalam bidang yang diceburi, boleh dijadikan bench marking untuk mengambil lajak. Sesungguhnya, ilmu itu berada di mana-mana jua hatta ketika bersembang, ketika menikmati juadah ataupun selepas solat wajib di surau. Apa yang penting, jangan menyepikan diri bagai kera sumbang.
Bersembang bersama pesara guru yang masih aktif bekerja menyebarkan ilmu dan berdakwah telah membangkitkan semangat kerja saya. Hakikat yang saya temui, bagi orang yang rajin bekerja dan sentiasa bekerja, tiada kenal erti pencen baginya. Malahan setelah berpencen, semangat kerjanya kian bertambah dan peluang untuk bergerak ke sana ke mari lebih mudah tanpa sekatan. Apatah lagi sekirangnya suami-isteri bergiat dalam bidang yang sama.
"Kami bertemu atas gelanggang yang sama. Kami bekerja bersama-sama sejak bujang dan dara," ujar Tuan Haji Hashim, CEO HR Marketing.
"Saya dapati bidang yang kami ceburi kini, memberi kami banyak ruang dan peluang untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu demi kemajuan ummah. Saya ada banyak ilmu sebagai bekas guru, tapi saya tiada tauliah untuk mengajar agama. Jadi pentas yang ada kini, memberi saya peluang yang banyak kerana ahli HRM ini melebihi 200 ribu lebih. Mengajak orang mempraktikkan amalan sunnah NABI meminum susu kambing HiGoat merupakan perbuatan yang baik. Pahala berangkai kita peroleh apabila kita menyebarkan maklumat ini," ujar Puan Atikah. Beliau merupakan isteri Tuan Haji Hashim, merangkap pengurus besar HRM.
Saya nampak kebenaran dalam butiran percakapannya itu. Kalau mengajar di sekolah, anak murid kita paling ramai 120 orang pada satu-satu sesi. Tidak semua daripada anak murid kita itu menjadi dan mengamalkan ilmu yang kita terapkan setiap hari. Apabila kita masukkan sedikit ilmu ugama, terus dipanggilnya ustazah. Apabila bercakap sepatah dua bahasa Inggeris, dipanggilnya teacher. Apabila menyampaikan ilmu tentang pentingnya menjaga kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat, digelarnya doktor. Apabila kita berikan beberapa contoh makanan kesihatan, makanan minda dan rohani, terus digelarnya jurujual direct selling. Mereka tidak dapat tangkap mesej utama yang ingin disampaikan.
Hakikatnya, manusia yang kita temui banyak yang bersikap negatif dan berfikiran sempit. Sedangkan kerajaan melaungkan dasar 'Langit Terbuka' dan 'Dunia Tanpa Sempadan'. Dalam era globalisasi kini, ilmu berada di hujung jari. Namun saya dapati, ramai dalam kalangan bangsa kita terutamanya remaja, cenderung untuk melayani Facebook berbanding minat untuk meneroka ilmu yang bersepah dalam laman sesawang mahupun blog.
Apa yang perlu kita lakukan? Buat transformasi sikap dan pemikiran. Ubah sikap ke arah positif. Jadikan minat atau hobi kita itu dapat menjana pendapatan yang boleh menjamin masa hadapan hingga diwarisi oleh anak cucu kelak. Semua perubahan dalam inovasi pendidikan memerlukan kekuatan jiwa dan semangat perjuangan yang jitu. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan kita biarlah berbaloi bukannya pengorbanan yang sia-sia. Ingatlah, pahala sentiasa mengiringi perjalanan kita bermula dari niat dan perbuatan yang baik-baik. Sekiranya kita mempunyai pengikut, maka pahala yang kita peroleh juga berangkai. Berpesan-pesanlah bahawa setiap langkahan kaki kita menuju ke akhirat sepatutnya mengutip seberapa banyak pahala yang dapat menjamin syurga ALLAH yang tiada tara. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment