Aduhai! Kasihan sungguh Lili! Sejak dari pagi bersuara nyaring mengaduh kesakitan untuk beranak tapi masih belum berjaya. Kembar tiga barangkali. Saya cuba menolongnya setakat termampu. Sokongan moral. Namun masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berjaya.
Lili dan Coka merupakan saki baki kambing yang masih mampu bertahan. Imunisasi mereka kuat barangkali. Tujuh ekor yang lain semuanya mati secara misteri. Reda. Mungkin itu hanyalah sedikit ujian ALLAH taala terhadap hamba-NYA.
Lewat petang, saya mengharapkan keajaiban berlaku. Lili pasti selamat melahirkan ahli baru. Bukan seekor, mungkin tiga ekor berdasarkan saiz perutnya yang besar. Insya-ALLAH, semoga kami memperoleh rezeki yang berganda.
Saya teruja menanti beriringan doa dan zikir agar semuanya sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment