Pernahkah anda mendapat keputusan semua A (straigh A) bagi semua mata pelajaran yang diambil? Saya pernah. Mungkin anda juga. Memperoleh 5A dan 2B juga, adalah realiti bukannya angau.
Pernahkah anda terfikir mengapakah keputusan seperti itu boleh dicapai? Adakah kerana anda benar-benar bijak? Anda ulat buku? Anda konsisten dalam menelaah dan mengulangkaji ataupun anda sedang dilanda penyakit angau?
Mustahil pelajar yang sedang angau memperoleh keputusan sebaik itu. Kalau ada kes terpencil sekalipun, saya yakin ada faktor pendorong yang lain. Mungkin anda sedang dicabar? Anda berasa tercabar dan kedudukan anda sedang tergugat?
Walau apa sekalipun alasan anda, saya yakin keputusan yang terbaik menjadi milik pelajar yang bukan dilanda penyakit angau. Rata-rata pelajar angau yang saya temui memperoleh keputusan tercorot atau sekadar cukup makan.
Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Ingin muncul sebagai pelajar cemerlang hingga mendapat anugerah kelas pertama (1st class honours) dan tersenarai sebagai penerima anugerah dekan/anugerah Tuanku Cancelor, anugerah emas, intan dan berlian ataupun bakal menadah tangan menerima anugerah ibu bapa saban bulan?
Fikir-fikirkanlah. Anda harus berpijak di alam realiti bukannya tenggelam di alam fantasi....
Tahniah buat Siti Nurkhairina dan semua pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang. syabash. Anda boleh dan yakin boleh!
ReplyDelete