Pada hari ini telah tercatat satu lagi sejarah. Puteriku Erra dan anak-anak didik saya di SMK Seri Nering telah selesai menjawab soalan BM. Kertas 1 bermula pada pukul 8:00 - 10:00 pagi dan Kertas 2 pula pada pukul 2:00 - 4:30 petang. Alhamdulillah, kerja keras kami selama ini berbaloi kerana semua latihan intensif yang kami lakukan hingga hari terakhir semalam telah menjadi kenyataan. Hampir semua latihan yang disediakan muncul dalam soalan SPM. Semoga harapan kami untuk mendapat semua gred A dan A+ menjadi kenyataan. InsyaALLAH.
Dalam keterujaan menanti hasil jerih payah kami berusaha, saya masih menanggung perit luka di betis akibat tertusuk besi penutup longkang yang genap lapan hari pada hari ini. Namun semangat saya masih kuat untuk memberi sokongan moral kepada semua anak didik saya. Kehadiran saya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan debaran kencang di hati mereka. Kemalangan yang berlaku itu pun mungkin kerana kecaknaan yang melampaui bidang tugas sendiri. Takdir telah mengatasi segala-galanya. Saya bersyukur kerana ALLAH masih mahu menguji saya.
Meskipun majlis izin ilmu telah berlangsung, namun mereka masih mahu bersalam dengan saya sebelum memasuki dewan peperiksaan. Alhamdulillah, ibu bapa, wakil PIBG dan wakil PPD Besut juga turut hadir. Melihat ibu bapa menunggu anak-anak mereka di luar dewan saya terkenangkan puteri saya yang juga sedang berjuang dengan kertas peperiksaan yang sama di sekolah yang berlainan. Saya juga turut mendoakan kejayaan mereka dan kejayaan puteri saya di SMKTM2.
Namun perasaan terkilan masih berbuku di hati. Saya masih tercari-cari dan ternanti-nanti......
Wednesday, November 24, 2010
Monday, November 22, 2010
Teruja untuk Bertemu Mereka
Pada pukul 9:00 pagi nanti kami akan bertemu buat kali terakhir sebelum SPM bermula. Tarikh keramat 23 Nov amat penting dalam sejarah hidup mereka sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab besar terletak di atas pundak kami. Seramai 41 orang bakal menjulang gred A+ bagi MP Bahasa Melayu. 41 orang? Ya. Semua pelajar 5SC1 dan SC2 termasuk Puteri kesayangan, Erra yang akan mengulangkaji bersama kami nanti. Jumpa di sana.....Lokasi: Bilik Gerakan Pengawas.
Thursday, November 18, 2010
Aqiqah dan Korban
Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua kaum kerabat, rakan-rakan setugas dan anak-anak didik yang dikasihi. Sempena hari raya korban, lembu dan kambing disembelih. Lembu untuk akikah cucu kesayangan Muhammad Kamar Khalilullah dan kambing putih pembayar nazar.
Majlis akan disempurnakan pada hari Sabtu, hari raya keempat selepas solat zohor. Jemputlah. Ada majlis solat hajat untuk anakanda Erra yang akan menduduki SPM bermula 23 November nanti. Insya-ALLAH.

Malang Tidak Berbau
Hari kedua terakhir sesi persekolahan 2010 merupakan hari yang paling malang bagi tahun 2010. Keterujaan untuk mengambil bahagian dalam majlis Izin Ilmu kepada calon SPM 2010, saya ditimpa malang. Kecuaiaan manusia menjadi punca utama dan sayalah mangsanya.
Kecaknaan melampau mendorong saya keluar dewan munsyi untuk mengerah anak didik agar segera ke dewan. Ketika kaki memijak besi penutup longkang, besi itu jatuh. Kaki terperosok ke dalam longkang. Kedua-dua belah tangan menapak ke lantai simen. Saya segera bangkit. Pada masa yang sama anak-anak didik yang saya kasihi datang membantu.
Saya tak rasa sakit dan berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku. Namun anak-anak didik saya menjerit cemas. Katanya, "Cikgu, kaki cikgu berdarah!"
Saya terkejut. Sebaik kain diselak, darah meleleh-leleh dari betis hingga ke dalam kasut. Mereka bertindak pantas. Ainun membersihkan luka. ada yang membawa kerusi dan suruh saya duduk. Kecaknaan mereka amat memukau. Ada yang membawa segelas air untuk saya minum.
"Minum cikgu. Perlu untuk bersih darah!" kata anak didik saya yang cakna. Saya terharu. Bukan sekadar pelajar malah rakan guru terutama Na kaunselor turut sama membantu.
Pada saya, kejadian itu hanya kemalangan kecil sahaja tetapi patut dijadikan iktibar oleh banyak pihak agar sentiasa cakna. Penutup longkang tersebut ibarat perangkap terutama bagi mereka yang muatan berat. namun Cikgu Arif berkata, "Saya pun boleh jatuh jika penutup longkang diletak macam ini!"
Na telah membawa saya ke klinik Darul Iman untuk dressing dan suntikan mencegah kancing gigi kerana besi tu berkarat.
Alhamdulillah! Tindakan pantas semua pihak, saya selamat. Namun saya terpaksa bercuti awal kerana luka seluas duit siling 5 sen dan dalamnya hingga ke tulang kering telah menyebabkan betis membengkak dan darah masih belum sejat.
Sepanjang hari itu mesej bertalu-talu bertanyakan khabar dan kiriman doa. Keesokannya anak-anak didik lelaki saya dari kelas 5Sn1 dan 5Sn2 datang menziarah. Restu ilmu berlangsung di rumah saya dalam suasana paling sederhana tapi amat bermakna. Mereka BAKAL MENCIPTA SEJARAH MENJULANG A+ bagi subjek BM dan subjek-subjek lain. Insya-ALLAH!
Kita akan bertemu lagi pada hari Isnin 22 Nov. pukul 9:00 pagi di bilik gerakan pengawas ya!
saatSempena

Subscribe to:
Posts (Atom)