Saya baru kembali dari menghadiri majlis graduasi puteri sulung (anak ke3) yang berlangsung pada 28Nov di Dewan Seri Budiman, UITM Syah Alam. Tahniah Nini. Segala usaha dan jerih payah anda menuntut ilmu telah membuahkan hasil. Sekarang anda berada di persimpangan; mencari kerja atau terus belajar untuk mencapai master? Mama dulu pun bercita-cita mencapai MA dan layak. Tapi kemiskinan ibubapa mendorong mama untuk bekerja terlebih dahulu. Namun selepas 3 tahun bekerja mama dapat MAMA. Mahu ikut jejak? Situasi kamu sekarang jauh berbeza.
Mendengar ucap utama Procancelor minda saya terjentik. Pemikiran kami serupa. Keriuhan yang terhasil mencerminkan apa? Majlis graduasi merupakan majlis rasmi lagi berprestij namun dicemari aksi para graduan yang terlebih gembira?
"Saya hairan. Ibu bapa yang pendiam dan bersopan santun, melahirkan anak-anak yang bising!" ucapan procanselor sedemikian telah saya jangka kerana situasi yang kami alami adalah berbeza. Selama 40 kali majlis graduasi beliau hadiri tidak seperti hari ini. 33 tahun dahulu yang mengalami detik yang paling membahagiakan ini dalam suasana yang mengagumkan. Aliran perasaan kami, para graduan, ibu bapa dan para pensyarah dan bercantum menjadi satu dalam aliran perasaan dan pemikiran yang sama. Syukur! Bangga dan Bahagia.
Walaupun begitu, tahniah! Belajarlah mengawal perasaan dan minda agar sesuai dengan pelbagai situasi yang terhampar di hadapan mata. Belajarlah! Selepas ini anda akan menempuh satu lagi cabaran dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan pancaroba.
No comments:
Post a Comment