Saya seronok membaca cetusan Prof Dr. Rahman Shaari dalam akhbar SinarHarian. Terkini beliau memuji keindahan bahasa politik Dr.Wan Azizah dan Wan Khazim. Saya petik tulisan beliau yang berbunyi, "Saya fikir, dari segi ilmu gaya bahasa kongres PKR telah menghasilkan yang baik. Wan Khazim menggunakan bahasa perbandingan untuk menegur pihak yang tersesat dalam kebisingan salakan. Wan Azizah pula menggunakan bahasa berlapis bagi menolak ketuanan Melayu dan menerima Ketuanan Rakyat. Bagi Wan Khazim, kebisingan salakan ialah perbuatan tuduh-menuduh yang sudah di luar kesopanan, manakala bagi Wan Azizah, Ketuanan Rakyat ialah Ketuanan Anwar!" Demikianlah indahnya bahasa politik!
Beliau selanjutnya menyarankan agar pujian Wan Azizah terhadap suaminya patut dijadikan pegangan wanita yang bersuami kerana di sekitar kita terlalu besar jumlah isteri yang tidak memuji suaminya, padahal suami ialah anugerah ALLAH kepadanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pun suka akan pujian begitu. Katanya, "Pujilah suami, ALLAH akan berserta dengan anda." Saya tabik spring!
Lantas saya terkenangkan ketokohan Tuan Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah Kelantan berabad sebelum era feminisme....
Saya terkilan apabila mendapati ramai orang Melayu kini tidak dapat memahami apatah lagi untuk menghayati bahasa sastera yang kaya dengan unsur perlambangan, perbandingan dan pengulangan yang indah dan puitis.
ReplyDeleteTahukah anda bahasa yang kaya dengan unsur kecindan? Unsur perlambangan simbolik, pengorangan (personafikasi), imej dan imajan? Bahasa perbandingan simile dan metafora?
Banyak lagi bahasa berlapis yang boleh membantu mencerdikkan karya. Baca dan hayatilah...Berbanggalah dengan Bahasa Melayu kita!