Tahukah anda bahawa anda perlu berfikir secara positif dan bertindak secara positif serta konsistan baru boleh berjaya?
" Betulkah, cikgu?" tanya anak murid saya ragu-ragu.
" Betul!" saya masih memberi keyakinan.
"saya dah cuba, tapi tak boleh. " Ujar mereka selamba. Saya yakin mereka masih belum mencuba. Masihkah anda mengatakan tidak boleh? Mereka mengangguk.
Lalu saya cuba mengajak mereka berfikir secara mudah dan logik. Saya kemukakan enam soalan mudah dan memberikan masa selama 10 minit untuk menjawab. Selepas 10 minit, saya bertanya siapakah yang telah selesai menulis jawapannya. Hanya seorang sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan dia hanya sempat menjawab tiga soalan. Rakan-rakannya yang lain masih belum mencuba. saya berikan masa tambahan 10 minit lagi.
Setelah cukup masa tambahan, saya bertanya lagi. Pelajar yang pertama tadi telah menyiapkan semua soalan dengan satu kesalahan. Manakala rakan-rakannya yang lain baru memulakan ayat pertama setelah 20 minit masa berlalu.
Pelajar tadi sepatutnya menjawab 30 soalan dalam masa setengah jam. Apa komen anda?
Belakang parang kalau diasah, lama-lama akan menjadi tajam. Batu yang keras apabila ditimpa titisan air secara berterus, akan menjadi lekuk juga.
ReplyDeleteApa akan jadi sekiranya tiada orang yang sanggup mengasah parang itu lama-lama? Ataupun air itu tiba-tiba berhenti menitis?